Assalammualaikum warrahmatulllahi
wabarakatuh & salam sejahtera semua..
Baru sekarang mama berkesempatan
update blog ni kan. hmm.. aaaa mama ada nak share sikit ni.. bermula 24 - 30
April 2017 ni akan berlangsung sebuah pesta yang dikaitkan dengan kaum Melanau
di Mukah, Sarawak. Pelbagai acara akan diadakan sepanjang pesta tersebut.
Pesta Kaul merupakan pesta tradisi
yang disambut setahun sekali bagi masyarakat Melanau sejak dahulu lagi.
Dahulunya Kaul ini dilihat sebagai pesta keagamaan yang diraikan oleh
masyarakat Melanau ‘pagan’. Ia adalah upacara pemujaan untuk mereka memohon
restu daripada penunggu di laut, darat dan hutan agar mendapat ketenteraman
serta keselamatan ketika melakukan aktiviti seharian mereka mencari rezeki di
tempat- tempat tersebut. Pesta Kaul yang disambut secara tahunan ini,
menghimpunkan upacara dan adat resam yang menarik serta unik.
Pesta ini biasanya diadakan mengikut
kalendar kaum Melanau pagan yang menandakan berakhirnya musim tengkujuh yang
telah mendatangkan kesan dalam kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan yang
sinonim dengan rezeki yang diperolehi daripada sungai, laut dan hutan.
Namun dengan adanya perubahan agama
dan anutan, masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan
kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa senario baru kepada Kaul yang lebih
sesuai dilihat sebagai satu pesta sosio-budaya. Namun di dalamnya masih
terselit keunikan warisan kaum Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat
yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut peredaran
masa. Malah Pesta Kaul telah dijadikan sebagai medan penyatuan komuniti terbesar
bagi masyarakat Melanau di seluruh Sarawak amnya.
Bahkan kini, ia menjadi salah satu
pesta yang bukan sahaja dapat menghimpunkan masyarakat Melanau secara
khususnya, malah telah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat yang ingin
turut sama berkongsi kemeriahan pesta Kaul. Melalui pesta ini juga ditunjukkan
betapa uniknya budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan,
permainan dan tarian. Kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat
dari pelbagai kaum terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan
tradisi seperti "Tibow", pameran dan jualan makanan eksotik tempatan
seperti "Tebaloi, Si'et, Sagu dan Umai", persembahan kebudayaan,
pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakraban
yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan
komuniti.
Kini pesta Kaul bukan lagi sekadar
satu perayaan tradisi kaum Melanau sahaja malah pesta tersebut tersenarai dalam
kalendar pelancongan yang mampu menarik minat pelancong bukan sahaja daripada
tempatan malah di peringkat antarabangsa.Pesta Kaul Mukah.. Tiada seuniknya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan