HALAMAN UTAMA

Rabu, 2 Ogos 2017

RESEPI TELUR MERIDUK

Salam semua, 

Hari ni mama nak kongsikan satu resepi masakan simple sangat tapi sedap.. Resepi ni mama dapat dari bapa mama. Masa mama masih kecil, mama masih ingat lagi bapak suka sangat masak telur ni untuk lauk ibu mama yang masa tu baru lepas bersalin (mama je yang slalu tumpang mama makan telur tu.. sedappp). Biasalah kalau yang baru lepas bersalin ni, dia punya lauk ikan bilis gorang, sup ayam berhalia, sayur yang pahit - pahit dan telur. sampai sekarang mama bila mama lepas bersalin tu, ni je la lauk yg mama boleh makan. Tak dapat nak kata jemu, karang tak pasal - pasal kena marah. Cuma cara masakan mungkin boleh diubah sikitlah kira boleh la nak ubah sikit selera tu. Hehehehe.. 

Ni lah dia resepi 'Telur Meriduk' 
nama meriduk tu berasal dari Bahasa Melanau (Belawai,Jerijeh, Rajang Etc) bermaksud wanita yang baru bersalin.. rasa telur ni sangat lembut.. sedap dimakan ketika masih panas. dalam gambar ni mama terlupa nak masukkan daun bawang, sbb tu tak berseri je warnanya.. putih mcm tu je..

Rupanya simple je, tapi rasanya sedap.. 👍👍👍


Bahan - bahan (anggaran untuk 2 orang)

4 biji telur ayam
1 ulas barang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
daun bawang (ikut berapa banyak suka, tapi kalau mama lagi banyak daun sup lagi sedap)
1/2 inci halia (dicincang halus)- kalau tak suka halia, boleh... takpayah letaklah. Tapi lada putih kena bubuh banyak sebab nanti telur tu ada rasa hanyir dan kurang sedap.
sedikit serbuk lada putih (ikut rasa)
sedikit garam
sedikit serbuk ajinomoto (option)
4 sudu besar air

Cara membuatnya

pukul kesemua telur hingga sedikit kembang, kemudian campurkan air (air ni fungsinya supaya telur yang kita akan kukus nanti jadi lembut (moist), setelah sebati masukkan garam dan serbuk ajinomoto.  selepas itu masukkan bahan - bahan selebihnya. kacau hingga rata. Akhir sekali kukuskan adunan tersebut selama 10 - 15 minit atau sehingga masak. Hidangkan panas - panas. Selamat mencuba...




Mama Vie

Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..