HALAMAN UTAMA

Rabu, 31 Mei 2017

SELAMAT HARI GAWAI 2017



Esok 1 Jun merupakan sambutan Hari Gawai bagi berbangsa Dayak yang terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh dan Orang Mulu di Sarawak dan perayaan di sambut sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuai yang telah dilimpahkah.Nak tau?? Mama sendiri berbangsa Iban + Melanau + Cina (Lot of mix laaa sangat) tau hehehe, tapi untuk pertuturan mama cuma boleh bertutur dalam bahasa melanau & Iban je. Bahasa cina tak reti plak..😋 Ruginyer..

Oklah. Hari Gawai disambut setiap 1 Jun dan perayaan ini telah diwartakan sebagai cuti umum di Sarawak sejak kemerdekaannya di dalam Malaysia. 

Untuk cerita lanjut berkenaan Hari Gawai ni, berikut dikongsikan ensiklopedia mengenai Hari Gawai Dayak yang diperolehi daripada Wikipedia:

Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di Sarawak ada 25 kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban (atau dikenali Dayak Laut dahulunya) yang merupakan majoriti, Bidayuh (Dayak Darat), Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Gawai Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan permulaan musim penanaman padi yang baru..

Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Oleh itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak.

Pesta Gawai disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada gawai tradisi tertentu atau telah memeluk agama baru, mereka meraikan Gawai Dayak yang bersifat umum dan boleh diraikan oleh mana-mana orang berketurunan Dayak tanpa mengira agama, sama ada untuk menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru.

Sebelum begawai, seseorang Dayak boleh mengadakan upacara-upacara penyembahan yang kecil seperti bedara mata di dalam biliknya sendiri atau bedara mansau di ruai biliknya manakala begawai di tanju dipanggil Sandau Ari. Enchaboh Arong diraikan untuk menyambut perolehan kepala manusia pada zaman dahulu atau pendapatan barang lain pada zaman sekarang.

Jenis-jenis Gawai utama termasuklah:
  • Gawai Dayak sebagai hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.
  • Gawai Batu untuk mengasah peralatan besi seperti parang dan kapak supaya tajam sebelum musim menebas dan menebang,
  • Gawai Benih untuk mendoakan benih padi membesar dengan baik dan bebuah bagus sebelum menanam padi,
  • Gawai Ngalihka Tanah memajak semula tanah yang tidak subur lagi
  • Gawai Ngemali Umai mengubati huma dan padi yang sakit, 
  • Gawai Bersimpan untuk menyimpan padi setelah selesai menuai,
  • Gawai Burung untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong sebagai dewa peperangan dan pertahanan,
  • Gawai Mimpi untuk meraikan atau menawar petanda mimpi yang baik atau buruk, 
  • Gawai Kenyalang juga dipanggil gawai diri atau gawai tras untuk menunjukkan kejayaan seseorang dan sebelum pergi mengayau atau merantau mencari nasib baik atau harta benda,
  • Gawai Pangkung Tiang untuk memukul tiang utama rumah sesudah pindah ke rumah baru sebelum ada kematian bagi memohon "gayu guru, gerai nyamai senang lantang nguan menoa" (panjang umur, sihat walafiat serta senang lenang mendiami dunia,
  • Gawai Antu yang merupakan perayaan terakhir untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). 
  • Gawai Lada
  • Gawai Lelabi untuk memberitahu anak dara seseorang sudah bersedia untuk kahwin atau maljis melah pinang (perkahwinan).
  • Gawai Getah
  • Gawai Mangkong Tiang
  • Gawai Nangga Langit
  • Gawai Nama Ke Tajau
  • Gawai Ngemali Umai
  • Gawai Nimang Bulu
  • Gawai Sakit untuk meminta penyembuhan orang yang sakit
  • Gawai Tajau untuk meraikan perolehan tempayan oleh seseorang, 
  • Gawai Tuah untuk memcari atau memasukkan tuah ke dalam bilik seseorang,
Ada dua lagi jenis gawai yang boleh diraikan sekitar Hari Gawai atau jika mendapat mimpi iaitu:
  • Gawai Nimang Bulu untuk memanjangkan umur sesorang yang mendirikan gawai ini di mana sehelai baju bulu akan dijahit dan dibuat oleh sekumpulan wanita selepas habis timang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang and Antu Gayu (Hantu Panjang Umur) akan dijemput datang untuk menjamu piring dan mengurniakan panjang umur. Hati babi akhirnya akan dibaca maknanya. Jadi, baju bulu itu bolehlah dipakai oleh tuan punya gawai sewaktu rasa sakit supaya beliau merasa sentiasa cergas dalam kehidupannya. Mengikut cerita tradisi orang Iban, Antu Gayu telah memberi ubat batu gayu kepada seorang leluhur yang bernama Menggin yang panjang usianya sehingga 7 generasi sebelum dia memberitahu rahsia panjang umur dia kepada orang lain lalu meninggal dunia.
  • Gawai Nangga Langit untuk meminta pengampunan jika ada hantu yang menyuruh manusia melakukan sesuatu yang tidak baik seperti membunuh 7 orang. 7 ekor babi akan digunakan untuk gawai ini yang diadakan selama 7 hari 7 malam. 7 biji kelapa digunakan untuk mengantikan 7 biji kepala manusia. Sebuah tangga dibina daripada tanju ke atas bumbung rumah panjang di mana sebuah mahligai dibina untuk sesorang yang mohon pengampunan itu boleh nampok (bertapa) di atas sana. Mengikut cerita Iban, leluhur yang bernama Bejie yang hidup di suatu tempat yang dipanggil Katapang telah membina tangga yang tinggi sehingga mencecak awan untuk berjumpa petara atau Tuhan sewaktu ketika dahulu tetapi akhirnya roboh.
Dua lagi jenis gawai yang muncul pada masa moden sekarang adalah Gawai Getah dan Gawai Lada dengan kedatangan penanaman getah dan lada. Gawai Getah adalah berasaskan Gawai Batu yang bertujuan untuk mengasah tajam peralatan besi yang digunakan untuk penorehan getah manakala Gawai Lada dimodelkan daripada Gawai Ngemali Umai yang bertujuan untuk menghindari penyakit dan makluk perosak yang sangat mudah menyerang pokok lada.
Sewaktu perayaan ke semua jenis gawai, satu bentuk penyembahan dan pengorbanan ialah piring dan genselan daripada haiwan seperti ayam atau khinzir. Piring ada beberapa peringkat iaitu:
  • piring 3 biji untuk minta ampun atau antu seluwak,
  • piring 5 biji untuk minta sesuatu atau mengiringi bejalai pegi (merantau),
  • piring 7 biji untuk begawai atau bujang berani dan
  • piring 9 untuk sangkong atau turu.
Pemilihan leka atau turun (biji) piring adalah bergantung dengan berapa orang petara (Tuhan) yang dijemput hadir untuk menjamu piring yang disediakan. 
Berapa banyak agihan (jumlah) piring yang disediakan selalunya bergantung kepada berapa bahagian di bilik rumah dan umai (huma) atau sawah dan kebun sesorang itu seperti empat sudut bilik, satu di dapur, satu di tempayan beras, satu di ruai, satu di tanaju, satu di tempat mandian (pendai atau jelatong), satu di huma dan satu lagi di kebun. 
Dayak Iban ada seorang Bunsu (Kree) Petara atau disebut Raja Entala dan di bawahnya ada tujuh orang petara yang sentiasa disembah dan diminta pertolongan:
  • Sengalang Burung sebagai Tuhan Peperangan, Perlindungan dan Keamanan
  • Menjaya Manang sebagai manang pertama and Tuhan Perubatan
  • Sempulang Gana dengan Semarugah sebagai Tuhan Pertanian dan Tanah
  • Biku Bunsu Petara sebagai imam dan Tuhan Bahan
  • Selempandai sebagai Tuhan Penciptaan
  • Ini Inda/Inee/Andan sabagai seorang doktor semulajadi dan Tuhan Keadilan
  • Anda Mara sebagai Tuhan Kekayaan 
Jadi, petara tertentu akan dijemput dan diundang untuk jenis gawai tertentu misalanya:
  • Untuk Gawai Burong, Sengalang Burung dipanggil sebagai tetamu terhormat.
  • Untuk Gawai Tuah, Anda Mara dipanggil khas.
  • Untuk belian atau Gawai Sakit, manang panggil minta tolong Menjaya untuk orang dewasa atau Ini Andan untuk budak-budak.
  • Untuk Gawai yang berkaitan dengan pertanian, petara yang dipanggil ialah Sempulang Gana.
  • Untuk Gawai lelabi, Selampandai akan dipuja untuk mendapat banyak anak.
Sebelum upacara miring dimulakan, barang-barang piring akan dibiau (dibersihkan secara simbolik) dengan seekor ayam dengan doa yang ringkas untuk memberitahu miring akan dimulakan. Selepas habis miring, piring yang telah siap dihidangkan akan didoakan dengan seekor ayam dan leka sampi piring oleh seseorang yang berpengalaman dan dihormati oeleh orang ramai.
Antara gawai yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.
Setelah mengayau dihapuskan, Gawai Burong digunakan untuk memohon penyembuhan orang sakit selalunya setelah diberitahu dalam mimpi.
Gawai Burung mempunyai 9 peringkat perayaan dengan tiang chandi yang berlainan jenisnya seperti berikut:
  • Gawai Kalingkang
  • Gawai Sandong
  • Gawai Sawi
  • Gawai Salangking
  • Gawai Mulong Merangau or Lemba Bumbun
  • Gawai Gajah Meram
  • Gawai Meligai
  • Gawai Ranyai or Mudur Ruruh
  • Gawai Gerasi Papa 
Gawai Burong bertujuan untuk menyembah dan memuja Sengalang Burong yang boleh mejelma menjadi helang (Brahminy Kite) dan para menantunya yang menjadi tujuh burung pantang atau bisa seperti berikut :
  • Ketupong (Jaloh atau Kikeh)
  • Beragai
  • Pangkas (Kutok)
  • Bejampong
  • Embuas
  • Kelabu Papau Senabong
  • Nendak
Gawai Tuah ada tiga peringkat supaya hati babi menjadi baik seperti berikut:
  • nimang tuah (mencari tuah)
  • gawai nama ke tuah (memasukkan tuah)
  • Gawai Tangga Tuah Panggau Tali Raja (membuat tangga tuah) 
Biasanya Gawai Tuah diraikan apabila seseorang diberi ubat atau pengaroh (azimat) oleh Petara, hantu atau bunsu jelu (bungsu haiwan) yang baik hati.
Sebelum Gawai Sakit, ada beberapa usaha penyembuhan yang boleh diiktiarkan seperti:
  • begama (besentuh) oleh dukun yang biasanya akan membaca pucau (jampi serapah) untuk penyembuhan,
  • belian (ada beberapa jenis pelian mengikut jenis penyakit oleh manang (bomoh),
  • besugi sakit untuk meminta penyembuhan dengan kuasa ajaib daripada Keling atau
  • berenong sakit untuk meminta penyembuhan dengan kuasa ajaib daripada Sengalang Burong. [21]
Pada gawai-gawai ini kecuali Gawai Lelabi dan Gawai Antu, sekumpulan lemambang (penyair) akan menyanyikan sejenis timang atau pengap (zikir) untuk setiap jenis gawai. Semasa Gawai Antu, sabak bebuah untuk sungkop atau rugan akan dimainkan oleh tukang sabak.
Setiap gawai ada proses, prosedur dan perarakannya untuk diikuti supaya sesuatu gawai itu mencapai tujuannya dengan berkesan.
Sewaktu Gawai Kenyalang, tengkorak manusia dan patung kenyalang akan ditimang di mana akhirnya patung kenyalang itu akan didirikan di atas sebatang tiang chandi yang kayunya tinggi dan keras seperti tras (tebelian) selama 7 hari 7 malam sebelum diturunkan untuk disimpan. Kepada orang Dayak Iban, kenyalang adalah dianggap sebagai raja segala burung di dunia ini. 
Untuk setiap gawai, seekor babi akan disikat oleh sekumpulan wanita dan di akhir gawai selepas timang dan pengap habis dinyanyikan, babi itu akan digayang supaya hati dan hempedu babi ditenong erti atau maksudnya sama ada nasib tuan punya gawai itu di masa akan datang baik atau sebaliknya. 

Pesta Gawai Dayak di Sarawak yang diraikan untuk kegembiraan disambut meriah sekali di bandar-bandar dan di desa-desa dengan didahului oleh upacara miring dan genselan yang akan diikuti oleh hidangan lazat makanan tradisi seperti pansoh, lemang nasi pulut, minuman tradisi terutamanya tuak iaitu 'arak beras pulut', persembahan tarian tradisi "ngajat", bermain main suara tradisi dan bersuka-ria.

Pesta Gawai Dayak di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Mula-mulanya, hari cuti umum ini dikenali sebagai Hari Sarawak semasa zaman penjajahan Brooke tetapi selepas penubuhan Persekutuan Malaysia, hari cuti umum ini pada setiap 31 May dan 1 Jun dinamakan Gawai Dayak. 

Di Kalimantan Barat ada beberapa jenis gawai yang diraikan oleh pelbagai kaum seperti upacara mengayau dan upacara gawai agama Kaharingan oleh Dayak Ngaju.

kredit to : wikipedia



Semoga perayaan kali ini membawa makna tersendiri bagi mereka yang meraikannya dalam merapatkan hubungan kekeluargaan. 

“Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua” bermaksud lebih kurang “mudah-mudahan kita beroleh kesejahteraan, kesihatan, nasib yang baik dan hidup bahagia aman makmur di tanahair” Selamat Ari Gawai..

Mama Vie

Isnin, 29 Mei 2017

Marhaban Ya Ramadhan


Asslammualaikum semua.. dah 3 hari kita berpuasa.. belum terlambat lagi rasanya kalau mama nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan .. bulan yang Mulia.. Semoga Ramadhan kali membawa penuh keampunan dan keinsafan buat kita semua.

Kata Mutiara Ramadhan.. 
Kredit kepada Pujangga Maya 


"Bulan ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan ampunan. Marilah kita tingkatkan iman, perbanyak amalan ibadah, dan memohon ampunan dari dosa-dosa yang pernah kita lakukan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'alla.
Berpuasa bukanlah sekedar menahan lapar dan dahaga saja, akan tetapi menahan dari setiap nafsu dan keinginan hati yang dilarang agama.
Bersegeralah ingat-ingat akan semua dosa-dosa yang pernah anda lakukan dan mohonlah ampunan disaat anda sedang merasakan lapar, haus , lemah, dan letih ketika sedang menjalankan ibadah puasa ramadhan.
Orang yang bertakwa pasti akan senantiasa menrindukan akan kedatangan bulan ramadhan yang penuh hikmah.
Nikmat iman akan sangat terasa di bulan ramadhan, jika kita benar-benar ikhlas beribadah hanya karena mencari ridho dari Allah Subhanahu Wa Ta'alla.
Karena bulan ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan ampunan, maka perbanyaklah sujud dan mohonlah ampunan kepada Allah atas semua dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
Janganlah merusak amalan-amalan di bulan ramadhan dengan kotornya lisan dan pikiran yang tidak terjaga.
Jangan sampai kita masuk kedalam golongan orang-orang yang hanya akan mendapatkan rasa lapar dan haus saja disaat berpuasa dan tidak mendapatkan pahala  karena rusaknya amalan-amalan mereka yang ternodai perbuatan-perbuatan yang dilarang."

Selamat menjalani ibadah puasa..



Mama Vie

 psst.. nanti kalau mama ada jalan2 ke baazar, mama ambik gambar makan yang dijual kat sini ye.. mana tau ada yang jenis makanan yang tak pernah nampak di tempat - tempat lain. Tunggu tau..

Jumaat, 12 Mei 2017

SALAM NISFU SYAABAN


Tak terasa, malam Nisfu Syaaban kembali lagi... menurut Wikipedia Bahasa Melayu,

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”


Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.- Kredit kepada Wikipedia

untuk maklumat yang lebih lanjut lagi boleh lah lawati blog atau webside yang berkenaan. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada semua. Andaikata sekiranya perkongsian yang mama berikan ini ada silapnya, perbetulkanlah. Segala kelemahan adalah dari mama dan yang baik semuanya dari Allah  SWT. Semoga taubat dan doa kita semua diterima. Amin Yarabbal Alamin..


Mama Vie

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..