Jom ramai - ramai datang ke Mukah, Sarawak untuk menyaksikan Regatta Mukah 2018 akan diadakan pada 26 sehingga 28 Oktober 2018
bertempat di Tebingan Batang Mukah. Acara Perasmian akan disempurnakan
oleh YAB Ketua Menteri Sarawak pada 27 Oktober 2018 dan Majlis Penutupan
akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri
Sarawak pada 28 Oktober 2018. Pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan Lumba Bot Laju, Lumba Perahu Bidar, Pertandingan Bot Berhias, Ratu Regata, Mukah Kitchen, Persembahan nyanyian & kebudayaan dan pertunjukan silap mata dan banyak lagi aktiviti akan diadakan sepanjang
Regatta Mukah 2018 berlangsung.
"SAUG TAPAK
ADAN"
(Berkayuh hingga ke akhir)
Pertandingan bot berhias |
persembahan nyanyian |
persembahan silap mata |
tarian kebudayaan |
part ni paling best.. sesi makan2.. waaaaa sedapnyer |
yang ni ulat mulong @ ulat sagu.. makan eksortik tapi untuk yang bukan islam je k.. |
ni umai jeb.. sedap bila dicicah dengan pencenahnya. nak tau macam mana proses membuatnya.. jum klik video di bawah ni.. |
Tumpik |
Tumpik merupakan salah satu makanan tradisional Melanau Sarawak. Tumpik adalah berasal daripada Lemantak iaitu hasil daripada Pokok Rumbia atau Sagu. Pada masa dahulu, mengikut kepercayaan masyarakat amat menghomati makanan lemantak ini Lemantak atau Tumpik mengikut sebutan Sarawak merupakan salah satu
makanan tradisional Negeri Sarawak terutama kepada Masyarakat Melanau kerana sejarah makanan ini semasa di zaman pemerintahan jepun ianya menjadi makanan pengalas perut bagi menggantikan nasi. Jum cuba resepi ni. Simple je..
BAHAN - BAHAN ASAS
1 Cawan Tepung Lemantak (tepung sagu)
1/2 Cawan Kelapa Parut
Secubit Garam / secukupnya
CARA - CARA MEMBUATNYA
1.
Gaulkan Lemantak, kelapa dan garam sehingga rata.
2.
Panaskan kuali leper atau pan.
3.Sesetengah sumber mencadangkan anda memercikkan air ke kuali sebelum memasak lempeng lemantak / tumpik
4. Tabur dan ratakan sesenduk adunan lemantak seperti lempeng.
5. kuap balikkan tumpik sehingga masak.. (jaga api supaya tumpik tak hangus) dah siap...
Nota : ada yang suka letak inti kat atas tumpik tu mcm gula pasir.. makan panas- panas.. waa sedap ...
yang ni umai campur. |
nak tengok macam mana cara buat umai campur, klik je video atas ni..
ikan kembung masak kindeng @ pindang |
yang ni dipanggil pipus. ada bermacam jenis pipus dan cara penyediaannya. yang ni jenis kering dan ianya tahan disimpan lama.. biasa pipus ni, mendapat nama dari daerah tempat ianya dihasilkan. kalau yang ni Pipus Mukah sebab yang membuatnya dari Mukah 😁.. kalau nak tengok Pipus Belawai dan cara membuatnya sila Klik disini |
yang ni terbaloi payak.bukan pais ya.. |
Kindeng ikan parang |
ayam goreng berempah |
kerabu mangga.. haduuuuh.... 😋 |
Haaa menarik tak.. jum cuti - cuti di Mukah Sarawak. Macam - macam ada.....
1 ulasan:
Regata Mukah 2018 was held in Mukah, Sarawak from 26-28 October 2018. Various activities, especially involving sports such as speed boat competition, bidar competition, decorated boat competitions and many other interesting activities.
Catat Ulasan