HALAMAN UTAMA

Rabu, 16 Mei 2018

SELAMAT HARI GURU 2018

Hari ni adalah hari yang bermakna buat semua guru di Malaysia. Biasa pihak sekolah sibuk nak mengadakan majlis Hari Guru. Tak ketinggalan jugaklah sekolah anak mama ni.. SK Agama MIS Mukah dan Tadika KEMAS PDRM Mukah.

Masing - masing sibuk minta belikan hadian buat cikgu kegemaran masing. Hahaha kopek mama sayang.. bukan main ramai nama cikgu yang mereka sebutkan.. Tapi kali ni mama bukan nak cerita pasal apa hadiah yang mama belikan. Mama nak cerita pasal puisi khas untuk hari guru yang mama tuliskan sendiri.. entah sedap atau tidak bunyi nya tu mama tak pasti.. korang bacalah sendiri.. Apa yang pasti, mama tulis ikhlas dari hati.. terutama ianya ada kaitan dengan anak - anak mama sendiri... 




WIRA TAK DIDENDANG

Dirimu ibarat Wira Tak Didendang
Yang mendidik ku..
Yang membekalkan ku ilmu
Dengan tulus dan sabar senyum mu
Memberikan semangat buat kami
Menongkah arus masa depan yang lebih bererti

Setitik peluhmu amat bernilai
Menandakan sebuah perjuangan yang amat besar
Semua kau lakukan untuk anak bangsamu

Terima kasih wahai guru
Jasamu tak terbalas oleh ku
Pengorbananmu sangat bererti bagiku
Pasti kan ku ingat selalu

SELAMAT HARI GURU buat mu cikgu..

Nukilan : Nubailah Hasmi (Mama Vie)


PUISI IKHLAS DARI ANAK MURIDMU YANG NAKAL

Cikgu,
Di hari pertama sekolah..
Aku resah.. aku gundah..
Risau tak tentu arah..
Seumur hidup dimanjakan kehangatan rumah,
Tiba – tiba hari ini 
Aku duduk di dalam kelas bersama murid lain
yang tak kukenali
membuatku hatiku tidak menentu..

Namun
Setelahku terlihat mu..
Perasaanku berubah..
Ketenangan dan senyum manismu..
Kau naikkan semangat belajarku
Buat aku hilang takut..

Bermula ABC sampai Z
Kemudian hitung 123 dan seterusnya
Kau ajariku dengan penuh sabar
Tanpa bosan.. tanpa putus asa..
Walaupun payah..
Namun kau tetap usaha..

Cikgu..
Aku tahu dan aku akui
Aku sememangnya amat nakal disekolah
Namun semangatmu tak mudah patah

Ampun dan maaf ku mohon padamu cikgu
kepadamu
Hormatku takkan berubah
Kerana aku tahu
Apa – apapun kau tetap guruku

Cikgu..
Terima kasih kuucapkan kepadamu
Kerana kau aku bisa membaca
Dan keranamu aku bisa mengira
Semua jasamu takkan kulupa
Sampai ke akhir hayatku

Besarnya pengorbananmu cikgu
Tanpa mengira apapun rintangan
Kau teruskan perjuangan
Mendidik anak bangsa sepertiku
Meskipun bermacam ragam yang ditemu
Namun semangatmu tak pernah padam

Selamat Hari Guru ku ucapkan kepadamu
Semoga sukses selalu
Ikhlas dari anak muridmu
Yang amat nakal

Nukilan : Nubailah Hasmi (Mama Vie)

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..