HALAMAN UTAMA

Selasa, 27 November 2018

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...


LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu  adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat  suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalayang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusiaitu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


Bertuahlah bagi yang bernama WANITA.. sebab ALLAH sayang lebih.. 😍💕

Ahad, 28 Oktober 2018

REGATA Mukah 2018






Jom ramai - ramai datang ke Mukah, Sarawak untuk menyaksikan Regatta Mukah 2018 akan diadakan pada 26 sehingga 28 Oktober 2018 bertempat di Tebingan Batang Mukah. Acara Perasmian akan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak pada 27 Oktober 2018 dan Majlis Penutupan akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak pada 28 Oktober 2018. Pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan Lumba Bot Laju, Lumba Perahu Bidar, Pertandingan Bot Berhias, Ratu Regata, Mukah Kitchen, Persembahan nyanyian & kebudayaan dan pertunjukan silap mata dan banyak lagi aktiviti akan diadakan sepanjang Regatta Mukah 2018 berlangsung.

"SAUG TAPAK ADAN"
(Berkayuh hingga ke akhir)

 

 
 
 
Pertandingan bot berhias
persembahan nyanyian 
persembahan silap mata


tarian kebudayaan



part ni paling best.. sesi makan2.. waaaaa sedapnyer
yang ni ulat mulong @ ulat sagu.. makan eksortik tapi untuk yang bukan islam je k..
ni umai jeb.. sedap bila dicicah dengan pencenahnya. nak tau macam mana proses membuatnya.. jum klik video di bawah ni.. 

Tumpik
Tumpik merupakan salah satu makanan tradisional Melanau Sarawak. Tumpik adalah berasal daripada Lemantak iaitu hasil daripada Pokok Rumbia atau Sagu. Pada masa dahulu, mengikut kepercayaan masyarakat amat menghomati makanan lemantak ini Lemantak atau Tumpik mengikut sebutan Sarawak merupakan salah satu makanan tradisional Negeri Sarawak terutama kepada Masyarakat Melanau kerana sejarah makanan ini semasa di zaman pemerintahan jepun ianya menjadi makanan pengalas perut bagi menggantikan nasi. Jum cuba resepi ni. Simple je..

BAHAN - BAHAN ASAS

1 Cawan Tepung Lemantak (tepung sagu)
1/2 Cawan Kelapa Parut
Secubit Garam / secukupnya
 
CARA - CARA MEMBUATNYA 
  
1. Gaulkan Lemantak, kelapa dan garam sehingga rata. 
2. Panaskan kuali leper atau pan. 
3.Sesetengah sumber mencadangkan anda memercikkan air ke kuali sebelum memasak lempeng lemantak / tumpik 
4. Tabur dan ratakan sesenduk adunan lemantak seperti lempeng.
5. kuap balikkan tumpik sehingga masak.. (jaga api supaya tumpik tak hangus) dah siap...

Nota : ada yang suka letak inti kat atas tumpik tu mcm gula pasir.. makan panas- panas.. waa sedap ...


yang ni umai campur.
 
nak tengok macam mana cara buat umai campur, klik je video atas ni..
ikan kembung masak kindeng @ pindang

yang ni dipanggil pipus. ada bermacam jenis pipus dan cara penyediaannya. yang ni jenis kering dan ianya tahan disimpan lama.. biasa pipus ni, mendapat nama dari daerah tempat ianya dihasilkan. kalau yang ni Pipus Mukah sebab yang membuatnya dari Mukah 😁.. kalau nak tengok Pipus Belawai dan cara membuatnya sila Klik disini


yang ni terbaloi payak.bukan pais ya..

Kindeng ikan parang

ayam goreng berempah

kerabu mangga.. haduuuuh.... 😋
Haaa menarik tak.. jum cuti - cuti di Mukah Sarawak. Macam - macam ada.....













Selasa, 10 Julai 2018

KEK SADDAM HUSSEIN


Kek Saddam Hussein.. haaa puas mama cari resepi kek lama ni.. sedap tau. Maaf tak da gambar plak kek ni.. nanti kalau mama ada buat, mama ambik gambarnya ya..
 Bahan-bahan:
  1. 10 biji telur ayam
  2. 16 oz mentega
  3. 1 tin milo kecil (lebih kurang200 gm)
  4. 1 botol horlicks kecil (lebih kurang 200 gm)
  5. 1 tin kecil susu manis
  6. 2 gelas gula halus
  7. 1 sudu teh esen vanila
  8. 2 gelas tepung gandum
  9. 1 botol browning
  10. 1 tin kecil seri kaya
Cara-cara: 
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Asingkan putih telur dan kuning telur. Dalam bekas berasingan, pukul hingga kembang lepas itu barulah disatukan dengan mentega tadi. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum gaul hingga sebati. Setelah aduanan sebati,bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
  1. Horlicks + warna hijau
  2. Seri Kaya + warna kuning
  3. Milo + gula hitam
Kukus berlapis-lapis sampai habis.

Selamat mencuba

Rabu, 16 Mei 2018

SELAMAT HARI GURU 2018

Hari ni adalah hari yang bermakna buat semua guru di Malaysia. Biasa pihak sekolah sibuk nak mengadakan majlis Hari Guru. Tak ketinggalan jugaklah sekolah anak mama ni.. SK Agama MIS Mukah dan Tadika KEMAS PDRM Mukah.

Masing - masing sibuk minta belikan hadian buat cikgu kegemaran masing. Hahaha kopek mama sayang.. bukan main ramai nama cikgu yang mereka sebutkan.. Tapi kali ni mama bukan nak cerita pasal apa hadiah yang mama belikan. Mama nak cerita pasal puisi khas untuk hari guru yang mama tuliskan sendiri.. entah sedap atau tidak bunyi nya tu mama tak pasti.. korang bacalah sendiri.. Apa yang pasti, mama tulis ikhlas dari hati.. terutama ianya ada kaitan dengan anak - anak mama sendiri... 




WIRA TAK DIDENDANG

Dirimu ibarat Wira Tak Didendang
Yang mendidik ku..
Yang membekalkan ku ilmu
Dengan tulus dan sabar senyum mu
Memberikan semangat buat kami
Menongkah arus masa depan yang lebih bererti

Setitik peluhmu amat bernilai
Menandakan sebuah perjuangan yang amat besar
Semua kau lakukan untuk anak bangsamu

Terima kasih wahai guru
Jasamu tak terbalas oleh ku
Pengorbananmu sangat bererti bagiku
Pasti kan ku ingat selalu

SELAMAT HARI GURU buat mu cikgu..

Nukilan : Nubailah Hasmi (Mama Vie)


PUISI IKHLAS DARI ANAK MURIDMU YANG NAKAL

Cikgu,
Di hari pertama sekolah..
Aku resah.. aku gundah..
Risau tak tentu arah..
Seumur hidup dimanjakan kehangatan rumah,
Tiba – tiba hari ini 
Aku duduk di dalam kelas bersama murid lain
yang tak kukenali
membuatku hatiku tidak menentu..

Namun
Setelahku terlihat mu..
Perasaanku berubah..
Ketenangan dan senyum manismu..
Kau naikkan semangat belajarku
Buat aku hilang takut..

Bermula ABC sampai Z
Kemudian hitung 123 dan seterusnya
Kau ajariku dengan penuh sabar
Tanpa bosan.. tanpa putus asa..
Walaupun payah..
Namun kau tetap usaha..

Cikgu..
Aku tahu dan aku akui
Aku sememangnya amat nakal disekolah
Namun semangatmu tak mudah patah

Ampun dan maaf ku mohon padamu cikgu
kepadamu
Hormatku takkan berubah
Kerana aku tahu
Apa – apapun kau tetap guruku

Cikgu..
Terima kasih kuucapkan kepadamu
Kerana kau aku bisa membaca
Dan keranamu aku bisa mengira
Semua jasamu takkan kulupa
Sampai ke akhir hayatku

Besarnya pengorbananmu cikgu
Tanpa mengira apapun rintangan
Kau teruskan perjuangan
Mendidik anak bangsa sepertiku
Meskipun bermacam ragam yang ditemu
Namun semangatmu tak pernah padam

Selamat Hari Guru ku ucapkan kepadamu
Semoga sukses selalu
Ikhlas dari anak muridmu
Yang amat nakal

Nukilan : Nubailah Hasmi (Mama Vie)

Isnin, 30 April 2018

Kek Ngap Sayot



Bahan-Bahanya:
10 biji telur 

ayam16 ozs mentega
1 1/2 gelas gula halus
1/2 botol jem strawberry
1 tin susu manis
1 1/2 tin susu tepung
1 gelas horlicks
1 gelas milo
1 gelas roti waffer ( kisar halus )
1 gelas cornflakes ( kisar halus )
1 gelas Nestum Keluarga
1 botol sederhana / 2 botol kecil Browning Sugar

Cara Membuatnya:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Pukul susu dan mentega dibekas lain sampai putih.
3. Satukan adunan 1 + 2
4. Masukkan tepung gandum
5. Bahagi 3:

  • Pewarna kuning + horlicks + Nestum
  • Pewarna merah + jem + Cornflakes
  • Gula hitam + Milo + Roti Waffer
6. Kukuslah selapis demi selapis sampai habis.

Kek Jerudong Park

Bahan-bahan:
10 biji telur
16 oz mentega
2 gelas tepung gandum
1 gelas gula
1 gelas milo
1 gelas horlicks
1 tin susu manis
1 gelas peanut butter
1 bottle cream cheese

Cara membuatnya:
Pukul gula dengan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji hingga habis. Kemudian dipukul sebati. Masukkan tepung gandum, susu manis dan gaul rata. Bahagi kepada 4 bahagian.

Aduan pertama milo.
Aduan kedua horlicks. (nak bagi seri sikit rupanya, letak pewarna hijau / merah)
Adunan ketiga Peanut Butter.
Aduan Keempat cream cheese

Kukus berlapis-lapis hingga habis.

Sekian. Selamat mencuba.

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..